Kata Bantu

Thursday, 1 November 2012

Imbuhan Pinjaman


IMBUHAN PINJAMAN : Pra-

Imbuhan pinjaman ialah imbuhan yang dipinjamkan 

daripada bahasa lain.

Contoh imbuhan pinjaman awalan adalah maha-, pra-, tata-, 

panca, swa-, tuna, eka-, dwi-, tri, bi-, anti-, dan pro-.
Awalan pra- membawa maksud sebelum atau syarat kepada 

sesuatu.
Contoh ; perkataan berimbuhan awalan pra- dan maksunya ;

praakhir       ~ sebelum akhir
prakata        ~ kata pendahuluan
pramatang   ~ belum cukup masak atau belum cukup 

                       tempoh
pramoden    ~ sebelum mencapai zaman moden
prasangka   ~ sangkaan buruk terhadap sesuatu sebelum 

                      mengetahui hal yang sebenar
prasarana    ~ suruktur asas sesuatu sistem, infrastruktur
prasejarah   ~ sebelum sejarah
prasekolah   ~ tadika
prasiswazah ~ orang yang belum lulus sebagai siswazah
prasyarat      ~ syarat awal
pratonton     ~ tayangan sebelum tayangan rasmi
prauniversiti ~ sebelum masuk universiti, pengajian sebelum 

                      memasuki universiti
prawacana   ~ mukadimah, kata pendahuluan


ACF Logo


Tuesday, 30 October 2012

Kata Seru


#Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
#Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
#Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
#Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata SeruPenggunaannya Contoh Ayat
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahuntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wahuntuk menyatakan perasaan hairan atau kagum1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cihuntuk menyatakan perasaan marah dan benci1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
ehuntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
haiuntuk menegur seseorang atau menarik perhatian1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

Tuesday, 23 October 2012

Kata Ganda

Kata Ganda ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata 
yang digandakan sama ada sebahagian atau 
seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh 
perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu 
dalam perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
Kata Ganda Seluruh
1.Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.Kata ganda seluruh mesti diberi 
   tanda sempang (-).
3.Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Contoh:
alat-alat 
awal-awal 
baik-baik 
benar-benar
Kata Ganda Semu
1.Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
2.Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3.Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.
Contoh:
agar-agar 
anal-anal 
angkut-angkut
anting-anting
Kata Ganda Separa
1.Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
2.Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Contoh:
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
Kata Ganda Bersajak/Berima
1.Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
Persamaan bunyi di pangkal: 
lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan  sebagainya.
Persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
Penyesuaian bunyi seluruhnya:
compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.


white cat asleep animation

Saturday, 20 October 2012

Kata Adjektif

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu.

Kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

1.  Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

2.  Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.

Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

A. Jenis-jenis kata Adjektif
1. Adjektif Jati
          Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
          Contoh :
          Buku itu berwarna biru.
          Budak kurus itu kawan saya.

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
          Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
          Contoh:
          Ayah memiliki dua buah kereta.
          Saya membeli beberapa kuntum bunga.

3. Adjektif Tunjuk
          Ia menunjukkan “bagaimana” , “yang mana”
          contoh:
          Baju ini mahal harganya.
          Perkara demikian jangan diulangi lagi.

4. Adjektif pencerai / pengasingan
          Ia menerangkan benda yang disifatkan itu  
          dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
          Contoh:
          Setiap pelajar mesti berdiplin.
          Ambil barang masing-masing.

Tuesday, 16 October 2012

Kata sendi Nama

1. Kata sendi nama ialah kata yang berfungsi sebagai kata depan kepada kata nama atau frasa
nama.
2. Kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu dan penggunaannya adalah seperti
berikut :
Kata Sendi Nama 'di'
1. Digunakan khusus untuk tempat dan arah,
2. Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Contoh ayat :
(a) Pertandingan akhir Forum Remaja itu akan diadakan di dewan sekolah.
(b) Pelancong dari luar negara itu sesat di dalam hutan.

Kata Sendi Nama 'ke'
1. Digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah dan masa.
Contoh ayat :
(a) "Tukar haluan ke utara apabila sampai di simpang tiga itu," pesan Encik Azmi.
(b) Warga sekolah itu akan berkunjung ke Teluk Batik pada hujung minggu depan.

Kata Sendi Nama 'dari'
1. Digunakan untuk masa, tempat dan arah.
Contoh ayat :
(a) Angin kencang bertiup dari arah utara.
(b) Majlis sambutan Bulan Kemerdekaan itu akan berlangsung dari 17 Ogos hingga 16 September.

Kata Sendi Nama 'pada'
1. Digunakan untuk waktu, manusia, haiwan, tempat dan benda-benda yang abstrak.
Contoh ayat :
(a) Skema jawapan yang awak kehendaki itu ada pada Cikgu Basri.
(b) Majlis berkhatan beramai-ramai itu akan diadakan pada hari Isnin ini.



Tuesday, 9 October 2012

Kata Nama Khas


  • Kata Nama Khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang hidup dan yang tidak hidup.

  • Benda-benda hidup ialah : * nama manusia * nama binatang. Benda-benda tidak hidup ialah : * nama tempat * judul buku * nama bangunan dan sebagainya.

CONTOH KATA NAMA KHAS 
Benda : Seri Aman, Volvo, Hikayat Hang Tuah 
OrangCik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long 
Binatang :Hitam, Pak Belang, Sang Kancil 
Tempat : Kampung Baru, Shah Alam, Kuala Lumpur

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar :
Manusia : Z aidi, M ei F ong, S ubramaniam
Binatang : T ompok , J alak Tempat : M uar , S eremban , J epun Bangunan : P udu R aya , M enara T un R azak 
Judul buku : K eluarga , R entong , K amus D ewan 
Benda : P roton P erdana , P ilot , S eiko

Tuesday, 2 October 2012

Penanda Wacana

Penanda Wacana


* Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.

*  Ia menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan.

* Penanda wacana juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baharu. Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian idea.



Contoh:oleh itu,walau bagaimanapun,kemudian,justeru,namun begitu,sesungguhnya

Fungsi Penanda Wacana

  • Oleh itu--menunjukkan maksud sebab dan akibat
  • walau bagaimanapun,namun begitu--menunjukkan maksud pertentangan idea
  • Kemudian--menunjukkan maksud waktu
  • Justeru--menunjukkan maksud pertambahan idea
  • Sesungguhnya--menunjukkan maksud pengesahan idea

Contoh ayat:

1. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.

2. Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.

3. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Kamal.

4.   Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.